Kasta Lebah Kelulut

Kasta Lebah Kelulut />

14/03/2016

kasta, lebah, kelulut

Terdapat tiga kasta utama dalam koloni lebah kelulut. 

Kasta 1 : Ratu Lebah Kelulut

Ratu berfungsi sebagai ketua dan bertelur untuk menambah zuriat dalam koloni. Jangka hayat bagi seekor ratu adalah 3 - 6 tahun, namun tempoh produktif adalah antara 3 - 4 tahun sahaja. Selepas 4 tahun kebiasaannya ratu akan ditukar. Ratu akan mengarahkan lebah pekerja untuk membuat sarang dan mencari makanan. Dalam satu-satu koloni, hanya satu ratu sahaja diperlukan untuk mentadbir urus koloni. Namun terdapat juga 2 koloni di dalam satu sarang yang sama dan sarang tersebut akan dibahagi kepada dua. 

Ratu yang telah disenyawakan akan bertelur dan menghasilkan lebah pekerja atau betina. Proses bermula dengan pekerja membuat kantung telur, kemudian pekerja seterusnya mengisi kantung dengan makanan untuk anak lebah kelulut. Apabila sudah mencukupi, ratu akan memeriksa kantung telur sama ada terdapat telur pekerja ataupun tidak, kerana pekerja juga boleh bertelur di dalam kantung dan menghasilkan anak jantan. Jika tiada telur pekerja, ratu akan terus bertelur di dalam kantung tersebut. 

Kebiasaannya ratu akan bertukar 4 tahun sekali tetapi telur ratu akan dihasilkan sepanjang tahun untuk proses pemecahan koloni secara semula jadi. Ratu muda yang menetas akan mencari sarang untuk membuat satu koloni yang baharu. Terdapat juga ratu tua yang berlawanan dengan ratu muda dimana Ratu kebiasaannya akan merembes bauan yang menyatakan bahawa ia adalah ratu di dalam sarang. Apabila lahir ratu yang baru, bauan juga akan dirembeskan dan perlawanan antara ratu tua dan ratu baru akan berlangsung selama 1 - 2 minggu apabila ratu muda diberi peluang untuk mencabar ratu tua. Semasa proses ini, ratu muda akan dikurung di dalam kamar diraja yang akan dijaga oleh beberapa lebah pekerja. Apabila perlawanan tamat, jika ratu muda menang, ratu tua akan dibunuh dan jika ratu muda yang kalah, ia akan dihalau keluar oleh ratu tua untuk membuat sarang di tempat lain. Walaubagaimanapun, proses untuk ratu muda mencari rumah lain selalunya akan berlaku dengan cepat kerana terdapat satu kumpulan pekerja lebah kelulut yang sudah mencari kawasan yang sesuai untuk sarang baru. Oleh itu, ratu muda akan dibawa oleh kumpulan pekerja untuk sarang yang telah ditentukan.

Ratu Kelulut

Kasta 2 : Lebah Pekerja

Lebah Pekerja dalam koloni lebah kelulut ialah betina dan penting kepada koloni kerana tugasnya mencari makanan dan meneruskan kelangsungan koloni untuk aktif. Lebah pekerja merupakan kasta yang terbanyak di dalam koloni dan golongan ini terbahagi mengikut umur. Purata umur lebah pekerja adalah 70 hari sahaja. Setelah lebah pekerja lahir, tugas akan diberi untuk membuat sarang, bitumen dan juga tiang hubungan. Selepas itu, kebanyakannya berubah tugas pada hari yang ke-sepuluh iaitu bekerja di bahagian membuat kantung telur. Pada hari ke-25 pula, golongan ini akan mula keluar daripada sarang untuk mencari sarang. Kerja untuk mematangkan madu dan menerima nektar akan dijalankan pada hari ke-26. Kebanyakan pekerja yang mati adalah kerana terdedah kepada musuh seperti burung pemakan serangga, labah-labah, racun, tebuan dan sebagainya. 

Lebah pekerja

Kasta 3 : Lebah Jantan

Lebah kelulut jantan hanya digunakan semasa musim mengawan sahaja dan pada luar musim, kebiasaannya lebah jantan akan dibunuh. Namun begitu, ada juga kajian mengatakan bahawa lebah jantan juga bekerja untuk menambah sarang. Lebah jantan dihasilkan melalui telur yang tidak disenyawakan melalui proses partenogenesis. Bentuk badan lebah jantan berbeza dengan lebah pekerja dimana lebah jantan mempunyai genitalia di abdomen belakangnya. Di Malaysia, kebiasaannya jantan akan hadir mada musim panas atau musim buah iaitu Feb- Julai. Lebah jantan yang lahir pada luar musim akan diserang dan dibunuh oleh lebah pekerja. Jantan muda kana berada di dalam sarang pada awalnya dan ia akan berada dis ekitar luar koloni apabila meningkat tua. Lebah jantan akan mengadakan tebangan mengawan apabila berada di luar sarang yang mempunyai ratu muda. Namun bukan hanya seekor sahaja yang terbang untuk proses mengawan, kadangkala jumlahnya menghampiri seribu inpidu. 

Lebah Jantan