Musuh Lebah Kelulut

Musuh Lebah Kelulut />

13/11/2014

lebah, kelulut, pemangsa

Musuh atau pemangsa lebah kelulut adalah seperti burung pemakan serangga, labah-labah, cicak, katak, semut, anai-anai, lalat dan manusia. Selain itu, terdapat juga kumbang kecil yang boleh menyerang jika keadaan di dalam sarang tidak berada di dalam keadaan baik atau dipengaruhi oleh cuaca. 

Lalat akan masuk dan bertelur di dalam sarang lebah kelulut sekiranya koloni terdedah dengan air. Kumbang sarang yang bersaiz kecil juga mempunyai kelebihan untuk duduk lebih lama di dalam koloni dan menyerang koloni yang lemah. Manakala, larka juga turut menyerang sarang lebah kelulut dengan memecahkan kantung madu. Bau masam turut dikeluarkan daripada sarang tersebut  akibat daripada kantung madu yang pecah dan seterusnya melemahkan koloni. 

Apabila serangan berlaku, koloni akan terus menutu pintu masuk untuk mengelak keadaan yang lebih buruk. Jika kadar kematian tinggi, kebiasaannya koloni akan berpindah ke tempat yang baru. 

Selain itu, koloni lebah kelulut turut sering diserang oleh koloni yang lain daripada spesis yang sama atau spesis yang berbeza. Serangan biasanya berlaku pada musim jantan atau mengawan kerana koloni yang kuat encari sarang yang baharu untuk membawa ratu muda membentuk koloni yang baru. Koloni lemah dijadikan sasaran kerana sarang telah wujud dan koloni baharu tidak memerlukan masa yang lama untuk membuat sarang yang baharu. 

pemangsa kelulut