Sebagai Agen Pendebungaan

Sebagai Agen Pendebungaan />

13/11/2014

lebah, kelulut, bunga

Lebah kelulut merupakan agen pendebunga yang penting dalam ekosistem kerana kepelbagaian jenis dan saiz. Menggunakan kelulut untuk proses pendebungaan membawa banyak faedah kepada petani. Salah satunya adalah mengurangkan kos upah kerja untuk mendebungakan pokok. 

Lebah kelulut aktif sepanjang hari dan sepanjang tahun, 365 hari setahun.  Walau bagaimanapun, di atas halangan fizikal, lebah kelulut tidak dapat terbang jauh pada masa musim hujan. Jika ianya memerlukan perjalanan yang jauh untuk mencari sumber makanan yang diperlukan, kadangkala lebah kelulut pekerja ini tidak sempat pulang ke sarang pada waktu senja.  Lebah kelulut ini akan menumpang hinggap dipokok-pokok didalam perjalanan dan meneruskan perjalanan balik ke sarang pada keesokan pagi. Hasilan utama daripada lebah kelulut ialah madu, roti lebah dan propolis. Madu ialah hasil dari pengumpulan nektar yang dicampur dengan enzim yang terdapat dalam perut lebah kelulut. Roti lebah pula ialah hasil daripada pengumpulan debunga bunga. Propolis ialah campuran lilin lebah dan damar (resin) dari pucuk atau bunga yang dikumpul oleh lebah kelulut. 

Warna bunga juga menjadi faktor yang mempengaruhi kedatangan kelulut sebagai agen pendebungaan. Warna bunga yang diminati onleh spesis Heterotrigona itama ialah putih,krim dan warna yang terang seperti merah dan ungu. Antara bunga yang diminati lebah kelulut adalah seperti berikut : 

a). Belimbing madu - disukai kelulut, tumbuhan kekal, bebunga sepanjang tahun/kembang sepanjang hari, hasilan buah, bunga berkolompk.
b) Air Mata Pengantin - disukai kelulut, tumbuhan kekal, bebunga sepanjang tahun/kembang sepanjang hari, bunga berkolompk.
c). Selasih - disukai kelulut, tumbuhan kekal, bebunga sepanjang tahun/kembang sepanjang hari, bunga berkolompk.
d). Bunga biden - disukai kelulut, tumbuhan semusim, bebunga sepanjang tahun/kembang sepanjang hari, bunga berkolompk.
e). Pokok markisa - disukai kelulut, tumbuhan kekal, bebunga sepanjang tahun/kembang petang sahaja.
f). Turneria - disukai kelulut, tumbuhan kekal, bebunga sepanjang tahun/kembang pagi sahaja, bunga berkolompk.
g). Ulam raja - disukai kelulut, tumbuhan semusim, bebunga sepanjang tahun/sepanjang hari, bunga berkolompk.