Sarang Lebah Kelulut

Sarang Lebah Kelulut />

14/03/2016

lebah, kelulut, sarang

Seni bina sarang lebah kelulut adalah sangat unik dimana ia berbeza dengan sarang lebah yang lain. Perbezaan ketara adalah pada bahagian struktur senibina yang boleh menempatkan telur anak dan juga madu. 

Terdapat 2 jenis seni bina dalam keloni lebah kelulut iaitu secara bertingkat dan kluster. Perbezaan tersebut adalah dibezakan mengikut spesis lebah kelulut. Walaubagaimanapun, masih terdapat persamaan dalam senibina semua spesis lebah kelulut iaitu struktir yang dipanggil sebagai involukrum (penghadang). Penghadang adalah struktur penghalang dan pertahanan daripada haba yang melampau dan juga musuh. 

sarang-kelulut2

Senibina sarang lebah kelulut dibuat daripada lilin, damar,batuan, getah pokok dan sebagainya untuk menjadi struktur pelindung koloni daripada diserang oleh perosak dan musuh. Selain itu, muncung dan pintu masuk sarang lebah kelulut juga merupakan satu senibina yang berfungsi sebagai sistem pertahanan daripada musuh. Senibina ini tidak terdapat pada sarang lebah madu biasa. 

Lebah kelulut turut mengasingkan telur yang tua dan muda di dalam sarang bagi memudahkan proses penjagaan dan pengeraman telur. Madu pula kebiasaannya diletakkan pada bahagian atas ataupun luar kawasan telur. Terdapat tujuh elemen dalam senibina sarang lebah kelulut iaitu pintu masuk, terowong masuk, bitumen, pot madu, involukrum, tempat telur dan tiang yang menghubungkan elemen-elemen di atas.